NyaiePhotography ditubuhkan pada Mei 2011 dan diasaskan hanya
mengambil gambar shot & burn pertunangan serta pernikahan sekadar suka-suka
berlandaskan minat untuk mencuba sesuatu yang baru.
Secara rasminya nama Nyaie
diambil berdasarkan maksud ATUK dalam Bahasa Jawa. Atas dasar minat dan
meneroka apa sahaja tanpa ada asas fotografi pada waktu itu, gabungan trio
jurugambar gadis yang merupakan cousins maka Nyaie Enterprise didaftarkan
secara rasmi pada 1 April 2013 dengan no pendaftaran JR0037066-K. Kini NyaiePhotography mempunyai 4 ahli yang terdiri
daripada seorang kumbang dan 3 orang bunga.
NyaiePhotography merupakan perkhidmatan fotografi secara part
time. 2 tahun berpengalaman mengambil gambar majlis perkahwinan, pertunangan
dan baby photoshoot.
Misi kami untuk menerokai segala cara dalam penghasilan seni
fotografi menggunakan teknik-teknik sereta dari sudut pandangan yang lain.
Visi kami agar dapat memenuhi keinginan dan kepuasan pelanggan
dengan seni fotografi yang dihasilkan, tambah nilai terhadap meluaskan
pandangan mengenai seni fotografi seperti commercial product, video dan
meluaskan empayar.
No comments:
Post a Comment